First step

My first..my beloved Santa Cruz

“A journey of a thousand miles must begin with a single step” and this is my first step sebagai seorang pemain gitar amatur. This is my very first gitar, sebelum nih selalu pinjam gitar orang (thanks adam, aban and nizam). Sejak dari form 4 aku minat nak main gitar, tapi disebabkan aku duduk kat hostel asrama penuh (SMSainsKualaSelangor) aku tak berpeluang nak belajar. Warden kat situ kalau nampak je gitar kat dorm, mesti die humban gitar tu sampai ground floor dari tingkat 2.

Maybe sebab aku selalu ikut member aku pegi jamming kat sekitar Kuala Selangor membuatkan aku makin minat nak belajar. Sebelum abis sekolah sempat la belajar 2/3 lagu. Tu pun main bass je coz tak banyak mase yang ade untuk aku belajar. Time kat MMU memang tak berpeluang nak belajar langsung pasal takde orang pun nak ajar. Lagipun mase tu macam dah tak brape minat pasal dah lame tinggalkan gitar.

Semenjak duduk Sri Kembangan la aku dah mula start nak belaja, adam selalu main gitar so aku pun cam berminat la balik nak main. Banyak jugak la yang aku belajar dari die coz die dah 7 tahun main. Dah hafal chord� basic so kalau lagu2 senang bleh la aku main. Sampai lebam� jari nak tekan tali gitar, siap beli plaster lagi, punye la semangat gile aku blaja nih :D

Disebabkan minat yang mendalam aku pun terase cam nak beli satu. “Ko cari acoustic guitar yang ade pick up la pan, bole sambung kat amp takpun cucuk je kat PC. Dah alang� ko nak beli gitar kan” , berkata sifoo (adam) aku dengan muke selambenye sambil mengoreng lagu “aku cinta aku rindu” versi metal.

Lalu aku pun beli la satu, brand Santa Cruz model semi-acoustic yang ade pick up. RM360 terbang dari wallet aku, tu pun lepas discount pasal harga asal RM420.

Letih plak nak citer pasal gitar nih, tengok la sendiri gamba gitar baru aku tuh..huhuhu :D

Cable sambung ke pc
First guitar
 

Teringin nak main lagu Hotel California dengan Another You gune gitar..hai bile la nak pro cam sifoo� aku nih. Nak training bersame sifoo kedua aku (nizam)..daaaa~ (menatang ape daaa nih?)

20 comments

  1. uish pasni leh goreng2 la. selamat maju jaya epan!! ganbate kudasai. rumet aku pun guitarist gak :-D

  2. bercakap pasal hotel california n another you ni teringat plak aku mase bosan2 dulu. sebat gitar member layan lagu another you. boleh gak r main sikit2 sampai habis. tapi tak r gempak macam kawan yang ajar aku tu.

  3. nad, leh la menuntut ilmu dari rumet ko.. eh rumet ko bukan jun ke?

    cypher, power gak ko leh main lagu another you tuh. aku chord b pun fail lagik :D

  4. huhuhu.. aku lansung tak reti main gitar ni.. tapi main organ boleh lah sesikit.. :D

  5. organ eh, aku main organ note pun tatau. ingat tempat je nak tekan..wahaha

  6. ala…aku chord2 hujung boleh la main. chord rock tak reti lagi.

  7. Bakat muzik

     
    Aku baca topik kat blog winter bertajuk First Step, menarik minat aku untuk menulis tentang bakat terpendam ekeke . Yer la kalu boleh semua kita nak belajar… semua benda kita nak cuba. Masa muda remaja dulu aku pernah belajar main alat…

  8. Teringin nak bli gtar acoustic gak dulu2.. tapi sejak aku da lama x main(sejak gitar aku da tahap usang), trus cam x berminat dengan goreng2 ni.. huhu..

    Da beli gitar ni belajar sampai tahap hebat.. :)>-

  9. hish.. camner ko buat random nieh.. camner ko buat random image untuk yang takde gravatar nieh.. hish..

    buleh mintak tulun ajar tak wahai incik winter?

  10. eh dulu ko skolah situ ker?

    aku dulu penah gi situ utk pertandingan syarahan peringkat skolah…:-D

    aku dulu skolah kat Tanjung Karang jerk, tak jauh dari skolah ko…

  11. chypher aku rasa code rock la senang :p yang susah tue main lead :)>-

  12. oh dasatnya adik epan dah blajar main gitar. aku yg nak blajar blajar ni jugak tk lepas. dah tua kot. ehehehhe.

  13. wa..reti main perkusi tak..we like perkusi lagi more than that.. :)>-

  14. mmg la rumet aku jun. rumet sorang lagi azilah. hari-hari aku dera dia suruh main another you :P

  15. As’kum. Saja nak kongsi hobby. Saya suka main gitar walaupun dah agak berumur nih. Setahun lepas tercapai jugak cita2 masa zaman sekolah. Nak memiliki gitar karan sendiri. Maka dapat laa beli yang cokia punya sekali amp 15watt dalam rm700. Sekarang boleh laa main sikit2. Setakat nak goreng Sultans of Swing oleh Dire Straits tu boleh laa.. Bagaimanapun, untuk memudahkan cari melodi yang sesuai saya ada buat blog dekat http://riwayatrock.blogspot.com. Ini untuk memudahkan kita cari lagu yang kita boleh main ulang-ulangkali, pendek dan kita boleh belajar kenal bunyi dan ikut dengan mainan gitar. Ada segala jenis rock, punk, grunge, blues, rock n roll, dan melayu. Kebanyakan klip lagu 30 saat panjang, dan kita setkan wma player tu main ulang-ulang.
    OK. Semoga memberi manafaat.

  16. :-w:-w:-w Wei, ajar aku main gitar gakkkk…….

  17. ko boleh bagi code lagu “aku cinta aku rindu” versi metal bab lama dah aku dok cari :( plz… email okira_raiko@hotmail.com pertolongan ada sangat diperlukan

  18. brader….apa la beli gitar ni…..semi-acoustic guitar memangla bleh sambung amp…syg…klu brader beli leed..baru 1200 ringgit…lagi 640 aje lagi….tpi walau mcm mana pun….selamat bermain gitar…..