Dinner kat Medan Selera bersame abah~

Dinner tadi makan nasi lauk ayam je.. maklumlah, dah kul 9 kat medan tade ape ape yang menarik. Nasib baik la ade lauk lagi lebey, kalau tak kene makan marpley la gamaknye ( bosan ar mapley ari2 ) :mrgreen: . Newey, abah tu bukan abah betol aku, tapi abah SKOL. Aku pun dah lame tak pegi makan ngan parent aku. Memasing busy dengan tugasan harian~

Esok kelas kol 8 dah start, untuk pertama kalinya kelas aku start kul 8 sepanjang 3 tahun study kat MMU(Multimedia University) ni. Dah la subject paling bosan. For sure mesti aku tido kat lecture hall nih.. hadoih. Sem ni amik 4 subject je, pasal sem pendek. Tak larat nak amik extra subject cam Base Jepon. Penuh dah timetable. Ditambah punye dengan kemalasan aku nak pegi kelas, kalau amik pun sure kene bar pasal tak cukup % attendance. 😀

( Gamba kat medan tadi, Milo Freeze tuh sedap tul la. Gian plak nak rase tetiap ari. Tapi RM3.00 membuatkan aku rase nak buat sendiri je kat umah dari beli kat kedai.. ❗ )

Dalam gamba tu ade handset strap kaler purple, aku curi pinjam dari sedare aku. Lieezz name die. Huhuh.. Lie je a.k.a Razali. Lieezz tu orang lain. Dah carik kat mines tak jumpe lak kaler tu 🙁

Farid telah pun melancarkan blognye yg version kebrape tah. Nih aku nak promote skali blog nih. Pasal aku insan yang penyayang, aku host kan blog die under hosting aku..:mrgreen: Masukler CHIDORI kalau nak tgk blog die. Bulan nih dah 300MB bandwidth aku mengalir cam air. Maklum ler, sambil buat blog, tolong hostkan member2 lagi. Total bandwidth 6GB. Harap – harap la cukup sampai hujung bulan nih.. ( wei jgn hotlink gamba aku tau~ )

Nampaknye mase tak mengizinkan aku utk terus menulis and aku pun dah malas nak tulis. Till then, oyasumi… 🙂

6 Comments

  1. :lol::mad::sad::!::?::mrgreen::neutral::twisted::arrow::shock::smile::???::cool::evil::grin::idea::oops::razz::roll::wink:

Comments are closed.