Im back~

Sorry sebab “tutup” site buat sementara waktu. Bukan aku yang mintak, itu sume dah terjadi. Aku juga seorang manusia biasa yang banyak kelemahan. It just happen. Sekelip mata semuanya hilang didepan mata aku. Ternyata file manager kat dalam control panel hosting aku tak bole diperlekehkan. Huhuhu.. nak tau ape jadi? Citer die camni

Disatu malam yang hening, aku sedang semangat membuat site untuk batch sekolah lame aku. Disebabkan PhpNuke kerap kali di hack, aku terpaksa la update berulang kali patch2 supaya tidak menjadi mangsa. Dalam process upload dan donwload tu, aku gune file manager sebab lagi senang nak delete satu folder. Kalau gune FTP die slow. Secara tidak sengaja aku terdelete folder public_html. And secara tidak sengaja lagi aku terclick ‘trash’ and tanpa sebarang comfirmation dialog the whole folder termasuk sub-folder tu hilang camtu je. Aku gelabah la pasal dalam tu sume file website aku and file website bebudak yang host under aku. Kalaulah boleh CTRL + Z memang aku dah buat, tapi apakan daya. Nasi dah jadi roti maple, aku pasrah dan akur dengan kesengalan aku sendiri. Semuanya dah hilang. Takde. Gone. Deleted.

Aku mengambil keputusan untuk menyuruh hosting aku restore balik file – file tersebut dan akhirnya mendapat tahu mereka akan mengcas aku RM50 untuk proccess tersebut. Hampa dengan berita tersebut, aku selak la file website lame aku kat pc. Tetiba nampak plak satu file bernama “backup-9.23.2004_19-47-12_erfan04.tar.gz“, hati riang ku berkata “masih ada harapan nih”. Setelah mengextract and mengupload semula file tersebut, website aku kembali seperti sediakala. Walaupun ade sedikit problem dengan link and shoutbox. Syukur kerana aku dapat selamatkan file aku dan juga file bebudak yang under aku.

Sume gamba yang aku post takde, and file serta muka depan website nih lain. Sebab file backup tu bulan lepas punye and bukan yang latest. Nasib baik la aku buat backup. Kalau tak nak start dari mula memang tak larat la nak edit.

Begitulah kisah sedih aku beberapa hari lepas. Mekasih kerana sudi membaca. Ehehehe…

Over and Out

8 Comments

Comments are closed.