Iguana the Return

Iguana ~ itulah gelaran yang bebudak rumah aku panggil kat aku coz hanya duduk rumah, makan, minom, main tenet, tido… namun gelaran tersebut telah pun dimansuhkan sebab aku dah mula bekerja 4 hari lepas. Dah lame nak keje, cume belum dapat peluang je. Dipendekan cerita, aku mintak keje kat petronas coz aku rase tu keje paling senang aku nak dapat pasal aku penah keje situ dulu. So, bekerjalah aku sebagai seorang ‘pump attendent’ kat situ. Hari ini, dah masuk 4 hari aku kerja situ and baru aku tau kenapa ramai taknak keje kat situ..ahahaha.

Shif aku start pukul 7 a.m – 3 p.m, balik rumah, basuh baju, main tenet, tido (kol 9/10 dah out dah). Macam tu kehidupan aku sekarang. Keletihan melampau sampai tak terlarat nak update blog..ahahah. Aku pun tatau pesal boss aku sekarang nih makin garang. Bosan la aku keje nih.. seriusly dulu aku keje tak penah rase camni. Aku cam takde motivasi nak pegi kerje. Dah la gaji ciput (sehari Rm20+, McD pun lagi mahal). >:P

Rase cam nak cari kerje lain je, dulu bole plak aku tahan sampai 2 1/2 bulan kat sini. Sekarang tatau apesal, rase cam takde mood gile nak keje sini. So.. mungkinkah Iguana the Return akan muncul selepas ini? Hahha.. just wait and see. Aku akan cari kerja lain and akan berhenti keje petronas awal bulan depan.. :-)) (no really, aku serius nih 😐 )

19 Comments