The 3rd Day

So cammane dengan puasa? Ade penat? Letih? Sakit perut? Nasib baik la sekarang musim hujan, tade la panas sangat. At least tak terasa sangat kepenatan berpuasa tu. Semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Bak kate Nian

tak boleh macam puasa tahuin2 lepas..kena tingkatkan dari segi amalan ubudiahnya dan lain lain..bagi menyempurnakan pahala dan ganjaran puasa

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, (bahwasanya) beliau bersabda (yang artinya): “ Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab ( mengharap ganjaran pahala dan redha dari Allah ) maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. [ Hadits Riwayat Bukhari ]

hehe..berceramah la pulak kat sini…

-nianarmands

InsyaAllah kalau ade rezeki aku dapat tender buat lagi satu website. Kali ni pasal resort dekat pantai mane tah. Mak aku cakap client tu nak suruh aku pegi duduk resort tu 2/3 hari amik gamba. Full sponsored..huhu. Ingat nak bawak si Bard (pasal die cakap die nak beli dSLR, bule aku pow nanti) lepas raya nanti. Takkan nak pegi time puasa kan, tak rock la 😀

Kalau dapat tender tu, bole la aku beli dvd-rw lain kerna dvd-rw aku ni sudah sewel. Mungkin terlalu banyak memburn kot..ahahah. Hset aku pun suda rosak..adoi la.. like this pokai la 🙁

Website SSM yang aku buat dulu dah siap, tapi client tu tak reply lagi email aku. Maybe die busy kot. Aku try to emulate frame so navigation tu static kat situ gune CSS, but dalam Internet Explorer die jadi bodo sikit. Tak selawa dalam Firefox. Pasal IE tak paham ape kejadah style position: fixed; tu so kene pakai javascript yang menyebabkan die tak smooth. Itu je care nak kasi navigation tu static dekat IE. Maybe ade script lain yang aku lom jumpe..kalau korang tau script nak emulate fixed position on IE cakap aa 😀

Uih dah pukul 4, mari la bersahor 🙂

10 Comments